Tumpuan :
Nasional

Gempa bumi landa Utara Sumatera

PETALING JAYA: Gempa bumi sederhana 5.4 magnitud dilapor berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 10:09 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Pusat gempa bumi terbabit terletak di koordinat 5.4 darjah Utara dan 94.5 darjah Timur dengan kedalaman 54km bersamaan 85km Barat dari Banda Acheh, Indonesia.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Loading...
Terkini