Tumpuan :
Nasional

Gempa bumi landa Nepal, tiada rakyat Malaysia terjejas – Wisma Putra

Bangunan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam kejadian gempa bumi yang melanda kawasan sekitar 84 kilometer dari Lobuche, Nepal, pada pagi Selasa.

Dalam kenyataan rasmi, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Nepal agar terus berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, rakyat Malaysia diingatkan untuk berhati-hati dalam menghadapi kemungkinan gegaran susulan.

FOTO: Reuters

“Bagi memastikan keselamatan warganegara, Wisma Putra menggalakkan semua rakyat Malaysia di Nepal untuk mendaftar kehadiran melalui platform E-Konsular. Langkah ini memudahkan kedutaan mendapatkan maklumat tepat mengenai mereka yang berada di kawasan terbabit,” ujarnya.

Wisma Putra juga menegaskan komitmennya untuk terus memantau perkembangan situasi dengan teliti. Sebarang maklumat terkini akan disalurkan kepada rakyat Malaysia bagi memastikan mereka mendapat bantuan dan maklumat yang diperlukan.

Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu turut menyediakan saluran bantuan konsular. Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian umum di +977-1-5445680 atau +977-1-5445681, dan talian kecemasan di +977-9801008000.

“Sebarang pertanyaan juga boleh dihantar melalui e-mel ke [email protected] untuk urusan umum atau [email protected] untuk hal imigresen,” jelasnya.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.1 magnitud turut melanda Tibet berhampiran sempadan Nepal. Sehingga kini, sebanyak 53 korban dilaporkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini