comscore
Tumpuan :
Nasional

Gempa bumi di Rantau New Ireland, Papua New Guinea: Tiada ancaman tsunami buat Malaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada jam 1.28 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 4.6 darjah selatan dan 153.1 darjah timur dengan kedalaman 45 kilometer (km), iaitu 89 km Timur dari Kokopo, Papua New Guinea.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. –BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini