comscore
Tumpuan :
Nasional

Gempa bumi 3.3 skala Richter landa Semporna

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan 50 kilometer (km) dari Semporna, Sabah pada 2.49 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak di kedudukan 4.4 darjah utara dan 118.9 darjah timur dengan kedalaman 10km.

Kenyataan itu memaklumkan gempa bumi tersebut tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa..

Loading...
Terkini