Tumpuan :
Nasional

Gelombang kedua MTL berakhir di Terengganu

METMalaysia mengeluarkan laporan luruan monsun yang dijangka bermula pada 16 hingga 20 Disember 2024. – Foto: NSTP

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

TERENGGANU: Banjir gelombang kedua yang melanda daerah Dungun dan Kemaman berakhir selepas seminggu dengan semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup.

Semua PPS ditutup secara rasmi jam 3 petang tadi berikutan keadaan cuaca yang baik.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), luruan monsun dijangka bermula pada 16 hingga 20 Disember 2024.

Keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di di utara dan timur Semenanjung, selain selatan dan barat Sarawak, serta timur Sabah.

Sehubungan itu, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada) melibatkan utara dan timur Semenanjung berkuat kuasa tempoh sama.

METMalaysia menasihatkan orang ramai sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini