comscore
Tumpuan :
Nasional

Gas bocor, seorang cedera dua terselamat

Pasukan bomba membuat semburan ‘cooling down’ pada paip yang bocor. – FOTO: Ihsan JBPM

CHUKAI: Seorang pekerja cedera manakala dua lagi selamat dalam kejadian kebocoran gas di kawasan Perindustrian Kerteh di sini petang tadi.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.05 petang

Menurutnya, seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan tiga buah jentera termasuk sebuah ‘water tanker’ bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita mendapati terdapat kebocoran gas hydrocarbon di bahagian paip dalam proses baik pulih oleh kontraktor yang dilantik.

“Anggota kami segera membuat semburan ‘cooling down’ pada paip yang bocor sehingga tekanan gas di dalam paip itu habis,” katanya ketika dihubungi di sini

.Azman berkata, kejadian itu menyebabkan seorang mangsa berusia 29 tahun cedera di bahagian betis akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dan mangsa segera diberi rawatan

.”Dua lagi pekerja lelaki masing-masing berusia 23 dan 45 tahun terselamat dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 5.28 petang.

“Siasatan lanjut berhubungkejadian itu masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini