comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gara-gara enggan ponteng sekolah, pelajar 14 tahun dibelasah rakan

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera dipukul rakannya berkali-kali di bahagian muka dan dada menggunakan helmet gara-gara menolak ajakan untuk ponteng sekolah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari bagaimanapun berkata, suspek berusia 15 tahun itu ditahan pada awal pagi tadi.

@buletintv3 Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera dipukul rakannya berkali-kali di bahagian muka dan dada menggunakan helmet gara-gara menolak ajakan untuk ponteng sekolah. #BuletinTV3 #Pukul #Belasah #Buli #Pelajar #Sekolah #Helmet #Motor ♬ original sound – BuletinTV3

Menurutnya, polis menerima laporan sekitar jam 5.33 petang semalam yang dibuat oleh bapa mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada mangsa tidak mahu mengikut suspek ponteng sekolah.

“Ekoran dari kejadian tersebut suspek tidak berpuas hati dan telah memaksa mangsa menaiki motosikal dan dibawa ke Jalan Prima Pelangi 7, Bukit Prima Pelangi Segambut berhampiran Kondominium Villa Orkid sebelum dipukul berkali-kali di bahagian muka, dada dengan menggunakan helmet.

“Pada jam lebih kurang 1.22 pagi, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas suspek lelaki tempatan berumur 15 tahun. Turut dirampas bersama suspek adalah satu unit helmet jenama MS88 warna merah yang disyaki digunakan semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Ketika kejadian, beberapa rakan suspek dikatakan telah merakam tindakan memukul itu sebelum ia mula tersebar dan tular di media sosial.

Jelas Ahmad Sukarno, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Loading...
Terkini