SHAH ALAM: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada pihak yang mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Timbalan Pengerusi MCPF Selangor, Datuk Seri A Thaiveegan berkata ganjaran itu adalah sebagai salah satu usaha dalam memastikan pembunuh terbabit dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
“MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan ini. Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.
Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah parit berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai di Selangor pada jam 10 malam, 6 Disember lalu kira-kira 34 jam selepas dia dilaporkan hilang.
Kematiannya kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kes Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan telah dirakam
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Kes belum diklasifikasi sebagai ‘NFA’
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakar sifatkan jenayah terancang
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Tujuh unit rumah tidak berpenghuni di Blok R diperiksa
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis Selangor berjaya kesan dua saksi kanak-kanak
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis jumpa sarung kaki di lokasi kejadian
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : Pasukan forensik tiba jam 6:26 petang sambung siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 4 beg sampel forensik dari kediaman mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: ‘Semua berdukacita, harap dapat bersihkan imej keluarga’
- Kes Bunuh Zayn Rayyan: Stor penyimpanan jadi tumpuan siasatan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: 228 sampel DNA penduduk diambil
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan : ‘Tak mungkin sebab dendam’- datuk mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pakaian Zayn diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis rekod semula keterangan ibu bapa
- [VIDEO] Zayn Rayyan dibunuh di lokasi lain sebelum dicampak di anak sungai
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Taman permainan bertukar suram, sunyi
- [VIDEO] Operasi mencari petunjuk difokuskan di kawasan mayat dijumpai
- Polis sudah terima rakaman ‘dashcam’ bantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan
- Kes bunuh Zayn Rayyan: JPS bantu sedut air di lokasi penemuan mayat Zayn
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit K9 masuk kembali ke Blok R Apartmen Idaman
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Blok R jadi tumpuan Unit Forensik malam ini
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Pemeriksaan setiap rumah di Blok R – KP Selangor
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Dua kotak dibawa keluar dari Blok R
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit Forensik PDRM teruskan misi pencarian
- [VIDEO] KPWKM sedia bantu keluarga Zayn Rayyan
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Stoking bukan milik mangsa
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Blok R terus jadi tumpuan pencarian petunjuk baharu
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: PDRM minta bantuan Interpol
- Kes Zayn Rayyan: Siasatan hampir 90 peratus, PDRM akan mulakan tangkapan berdasarkan risikan – KPN