Tumpuan :
Nasional

Gangguan sistem, plaza tol MEX sesak pagi tadi

 

KUALA LUMPUR: Plaza Tol Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) Putrajaya sesak luar biasa sekitar jam 6.10 pagi tadi, berpunca isu teknikal di lorong sistem pembayaran elektronik.

Sehubungan itu, MEX menerusi hantaran yang dimuatnaik di akaun X menasihati pengguna jalan raya yang melalui plaza tol berkenaan menukar mod daripada Pengesanan Frekuensi Radio (RFID) kepada pembayaran menggunakan kad Touch n Go (TnG).

Bagaimanapun, aliran trafik kembali pulih dan lancar sekitar jam 7.30 pagi tadi.

“Lorong RFID S07 dan N07 mengalami masalah teknikal. Lain-lain Lorong berfungsi seperti biasa di Plaza Tol (MEX) Putrajaya.

“Makluman kepada semua pengguna MEX, pengguna RFID diminta menukar mod pembayaran melalui TnG.

“Lorong RFID S07 dan N07 ditutup sementara kerana sistem OPS (Sistem Pembayaran Terbuka) dan ABT. Lain-lain lorong berfungsi seperti biasa.

“Makluman terkini, semua lorong berfungsi dengan baik di Plaza Tol Putrajaya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini