Tumpuan :
Nasional

Gangguan sistem ‘autogate’, kod QR di BSI berpunca daripada suis utama

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Kerosakan di bahagian suis utama (Core Switch) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) menjadi punca kepada sistem autogate dan kod QR di bangunan itu tergendala lebih enam jam, semalam.

Gangguan itu lantas menyebabkan kesesakan di pintu sempadan antara Johor dan Singapura.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam satu kenyataan memaklumkan, masalahs suis utama itu menyebabkan berlaku gangguan pada sistem autogate dan kod QR di zon pemeriksaan penumpang bas bangunan BSI bermula jam 12 tengah hari.

“Tindakan serta merta telah dilakukan dengan membuat penambaikan terhadap sistem autogate dan kod QR kembali pulih pada jam 6.30 petang semalam.

“Siasatan dalaman telah dilakukan dan mendapati berlaku masalah di bahagian Core Switch BSI dan ia di bawah Pengurusan Bangunan iaitu Syarikat TMR Urusharta (M) Sdn Bhd,” katanya.

Tegasnya lagi, bagi memastikan kelancaran di zon penumpang bas, pemantauan berterusan terus dilakukan sekaligus mengelak gangguan sistem itu berulang.

JIM juga katanya, komited untuk berusaha bagi menambah baik proses kerja dan sistem sedia ada demi kelancaran pergerakan di pintu masuk Malaysia dan Singapura itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini