comscore
Tumpuan :
Nasional

Gangguan IT global: 9 syarikat swasta, 5 agensi kerajaan terjejas – Gobind

PUTRAJAYA: 5 agensi kerajaan dan 9 syarikat swasta negara dikenal pasti terjejas akibat gangguan sistem IT Jumaat lalu. Ia membabitkan sektor penerbangan, perbankan dan kesihatan.

Bagaimanapun, jaminan diberi Menteri Digital Gobind Singh Deo , tiada ketirisan data kerajaan termasuk maklumat peribadi rakyat. Maklumat kerajaan juga adalah dalam keadaan selamat.

“Pertama sekali saya nak jelaskan semua data dalam sistem kerajaan adalah selamat, tiada ketirisan dan kita lihat tiada masalah dari sudut data” katanya dalam satu sidang media khas petang tadi.

Mengulas mengenai beberapa syarikat yang meminta tuntutan kerugian susulan gangguan itu, Gobind berkata kerajaan sudah meminta Microsoft, dan Crowdstrike untuk pertimbang sebarang tuntutan terutama yang membabitkan kerugian kewangan kepada syarikat terbabit.

Microsoft juga memberi jaminan akan menyediakan laporan penuh insiden ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini