comscore
Tumpuan :
Nasional

Gangguan bekalan air, 9,000 pengguna di Kedah terjejas

ALOR SETAR: Kira-kira 9,000 pengguna di tiga daerah di Kedah akan mengalami gangguan bekalan air Rabu ini.

Ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan cuci tangki mendapan yang akan dijalankan.

Menerusi satu kenyataan Syarikat Air Darul Aman (SADA) berkata, daerah yang akan terjejas adalah Pendang, Yan dan sebahagian Kota Setar.

Katanya, penduduk di kawasan yang terjejas diminta bersedia kerana jangka masa gangguan adalah bermula jam 9 pagi sehingga kerja mencuci tangki mendapan dan agihan bekalan air selesai.

“Adalah dimaklumkan kepada semua pengguna bahawa akan berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan adalah disebabkan oleh pengurangan operasi Loji Rawatan Air Jenun Baru bagi memberi laluan kepada kerja-kerja cuci tangki mendapan.

“Jenis gangguan adalah penyelenggaran berjadual pada 31 Mei ini bermula jam 9 pagi dan 9,000 akaun SADA di tiga daerah di negeri ini akan terkesan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan yang terjejas adalah kilang Petronas Fertilizer, kilang NAFAS, Kampung Bukit Besar, Kampung Tualang, Yan Besar, Yan Kecil, Kota Sarang Semut, Jalan Batas Paip dan kawasan sekitarnya.

Katanya, pengguna yang terbabitdinasihatkan agar dapat membuat persediaan awal dengan menyimpan air dan menggunakannya dengan bijaksana.

Loading...
Terkini