comscore
Tumpuan :
Nasional

Ganasnya awak

 

Foto hiasan

AMPANG: Berang suami enggan memberikan wang nafkah RM5,000, seorang isteri bertindak mengacukan pisau dan mengugut lelaki itu dalam pergaduhan di rumah mereka di Taman Tasik Tambahan, di sini.

Tindakan wanita warga Indonesia berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata polis menerima laporan dibuat suami wanita itu yang berusia 48 tahun pada 6 Julai lalu.

“Peniaga itu mendakwa berselisih faham dengan isterinya ketika berada di rumah kira-kira jam 6 pagi. Mangsa mendakwa isteri meminta wang berjumlah RM5,000 untuk pulang ke kampung. Mangsa tidak mempunyai jumlah wang diminta menyebabkan isteri mengacukan pisau ke arah muka mangsa dan memberitahu akan merodok mulut mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata polis yang menjalankan siasatan mengesan wanita terbabit dan berjaya menahannya kira-kira jam 9 malam Ahad.

Katanya, semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

Suspek direman empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini