comscore
Tumpuan :
Nasional

Gaji Minimum: Majikan diingatkan tidak ambil kesempatan

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Program Sumbangan Lesen Memandu B2 Parlimen Titiwangsa di Dewan Serbaguna PPR Hiliran Ampang, pagi tadi.

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Majikan diingatkan tidak mengambil kesempatan terhadap kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang akan dilaksanakan Februari tahun depan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, gaji minimum itu perlu diberikan setimpal berdasarkan taraf pendidikan dan kelayakan pekerja.

“Jadi isu itu tak berbangkit. Cuma kita nak tekankan bahawa banyak juga syarikat-syarikat dia jangan mengambil kesempatan dengan minimum gaji RM1,700 sampai mereka yang ada kelulusan ijazah dari universiti pun dia nak bayar RM1,700 tak boleh lah. Yang itu kita tak paksa tetapi bagilah lebih daripada tu sebab dia ada degree ada ijazah RM1,700 tu minimum salary (gaji) tapi kebanyakkan daripada pekerja-pekerja ni memang dah melebihi RM1,700”, katanya.

Menurut Johari, isu ini tidak menjadi masalah berikutan kebanyakkan pekerja dalam industri mendapat bayaran melebih RM1,700.

“Macam di sektor ladang pun saya nampak ramai daripada pekerja tempatan kita mendapat gaji lebih daripada tu RM1,700 itu je lah. Majikan dia bergantung kan ada pengecualian yang PM beri dia cakap untuk 6 bulan pertama majikan yang gajikan 5 orang ke bawah dia bagi masa lah untuk menyesuaikan, tetapi hakikatnya kita kena terima kehidupan hari ni telah meningkat kos kehidupan ada benda yang kerajaan boleh tanggung dan ada benda yang kita minta juga kerjasama majikan-majikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Sumbangan Lesen Memandu B2 Parlimen Titiwangsa di Dewan Serbaguna PPR Hiliran Ampang, pagi tadi.

Tegas beliau, sekiranya majikan tidak dapat memberikan kerjasama, ianya akan menimbulkan pelbagai masalah yang memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Benda ni memang agak sukar tetapi kita kena adjust kalau kita tak bermula daripada ini kemungkinan besar ia akan menjejaskan ekonomi kita pada masa akan datang kerana kita akan kekurangan pekerja , pekerja tempatan tak nak buat kerja, gaji tak bersesuaian, susah tapi rata-rata saya tengok banyak syarikat yang besar medium size diaorang gaji dia semua dah lebih RM1,700 jadi tiada masalah tak payah nak compliance cuma kita minta mana yang keluar dari universiti mungkin dia punya taraf benchmark tu lebih sikit lah tergantung pada jenis kelulusan dia, tugas kerja susah nak letakkan tapi kita galakkan bagi tahap permulaan dia higher,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 semalam berkata, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500 kini berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.

Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini