comscore
Tumpuan :
Nasional

Gajah jantan mati dilanggar treler ketika lintas jalan

Gajah jantan mati dilanggar treler di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah, Kluang Johor. – Foto PDRM

KLUANG: Seekor gajah jantan mati dilanggar treler di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemandu treler berusia 53 tahun tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati treler berkenaan dari arah Mersing menghala ke Kahang Timur.

“Di tempat kejadian kira-kira jam 10.45 malam, pemandu treler melanggar seekor gajah jantan yang melintas jalan secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.

“Akibat rempuhan itu, gajah tersebut mati di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Polis menghubungi PERHILITAN Johor untuk menguruskan bangkai haiwan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini