comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Gajah bergaduh tepi jale’

Rakaman foto dua gajah dewasa yang seakan mencabar satu sama lain di Jalan Jeli-Gua Musang, Kelantan hingga menyebakan kesesakan di kedua-dua arah. – FOTO: Tangkap layar video FB

KUALA LUMPUR: Rakaman aksi dua gajah dewasa seakan ‘bergaduh’ di jalan Jeli-Gua Musang di Kelantan tular di kalangan netizen.

Haiwan liar itu berada di bahu jalan berkenaan dipercayai ketika mahu menyeberang dari hutan berdekatan sempat dirakam oleh seorang pemandu yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya lantaran tidak ada kenderaan yang berani untuk melintas tiga ekor gajah itu.

Video tular bertajuk ‘Gajah bergaduh tepi jale’ itu dikongsi di akaun Facebook Faiz Mohd Fazree pada hujung bulan lalu, menjadi tular di platform media sosial sehingga mendapat ribuan tontonan dan perkongsian.

Selain itu, seorang pengguna Facebook, Nissan Wangi, menasihatkan pemandu supaya tidak memancarkan lampu atau membunyikan hon pada waktu malam sekiranya bertemu gajah.

Beliau juga berkongsi kejadian yang didakwa berlaku pada 1995 membabitkan sebuah lori yang membawa ikan diamuk oleh gajah sehingga kenderaan itu ditolak ke dalam gaung akibat gangguan seumpama itu..

“…ketika itu, saya memandu dari Jeli pulang ke Klang pada pukul 11 ​​pagi. Keadaan masih berkabus… penglihatan saya terjejas dan saya nampak ikan-ikan bergelimpangan di atas jalan… waktu itu kenderaan sangat kurang yang menggunakan laluan itu ” tulisnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini