Tumpuan :
Nasional

Gagal saingi EV dari China punca Tesla batal buka kilang di rantau ini

FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Pembatalan Tesla untuk membuka kilang di rantau ini disebabkan kegagalan syarikat itu bersaing dengan kenderaan elektrik (EV) dikeluarkan syarikat dari China.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,  Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kepadanya.

“Tengku Zafrul telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meluncurkan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di sini hari ini.

“Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla,”tambahnya.

Media semalam melaporkan Tesla tidak akan membina kemudahan pembuatan EV sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini