Tumpuan :
Nasional

Gadis hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat di masjid

Foto hiasan

SEPANG: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu berjaya ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Shan Gopal Krishnan, berkata remaja terbabit ditemui polis di sebuah masjid pada kira-kira jam 3.05 pagi dan diserahkan kepada keluarganya.

“Aduan kehilangan remaja itu diterima daripada ibu mangsa pada Jumaat lalu selepas dia yang keluar rumah pada petang Khamis lalu tidak kembali ke rumah seperti biasa.

“Mangsa ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi ini dan siasatan awal mendapati tiada sebarang kegiatan jenayah dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, ibu kepada remaja terbabit membuat laporan polis selepas anaknya meninggalkan rumah keluarga di Taman Bandar Bukit Puchong, Putra Perdana, Sepang, pada petang Khamis lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini