comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Gabungan padu suara Sumandak Sabah

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Orang Sabah kalau bab vokal memang padu.

Maka buat julung kalinya penyanyi-penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu itu akan digabungkan di atas satu pentas.

Bagi menghiburkan halwa telinga penggemar muzik tempatan, ‘Konsert A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ semestinya membawa kelainan tersendiri.

Konsert yang dijadual berlangsung pada 30 november ini di Kuala Lumpur itu akan menggabungkan barisan penyanyi popular iaitu Marsha Milan, Adira Suhaimi, Stacy, Nikki Palikat, Wani Kayrie dan Bella Astillah serta Didi Astillah.

Bagi Adira, konsert itu semestinya memberi makna yang mendalam buatnya selain turut gementar menanti hari konsert itu.

“Adira rasa semua peminat nak tunggu apa yang kami akan tonjolkan pada konsert akan datang sebab kami semua dari Sabahan.

“Hari ini kami baru jumpa dan nanti kami akan berjumpa lagi untuk membincangkan konsep dan apa kelainan yang akan kami bawa,” kataya ketika ditemui di sidang media, di sini, hari ini.

Selain menghiburkan peminat dengan suara mereka yang padu kejutan juga bakal diberikan oleh tujuh penyanyi sumandak ini.

Bagi penganjur pemilihan artis-artis ini adalah berdasarkan pencapaian mereka termasuk pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini