comscore
Tumpuan :
Nasional

Fungsi J-KOM bakal diteliti semula – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.- Foto fail

KANGAR: Pemindahan semula pejabat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) ke Kementerian Komunikasi dilaksanakan bagi memantapkan fungsi sebenar jabatan berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata fungsi J-KOM pada waktu ini akan diteliti kembali terutama dari sudut organisasi dan perjawatan.

“Antara penyelarasan (sedang dilaksanakan) itu adalah dari sudut perjawatan dan organisasi. Dalam masa sama, kita berhasrat untuk memindahkan secara fizikal Pejabat J-KOM balik ke kementerian (Komunikasi).

“Selain itu, fungsi J-KOM ini juga akan teliti semula,” katanya selepas merasmikan Program Kita Madani Peringkat Negeri Perlis, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau mengulas jawatan Ketua Pengarah J-KOM masih kosong berikutan penamatan perkhidmatan Dr Mohd Khairuddin Othman pada 23 September lalu.

“Tugas Ketua Pengarah J-KOM kini masih dipangku oleh Timbalan Ketua Pengarahnya (Datuk Ismail Yusop).

“Setakat ini, kita belum lagi ke arah itu (pelantikan Ketua Pengarah J-KOM baharu) dan saya sudah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, untuk meneliti struktur J-KOM untuk dibuat penyelarasan semula,” katanya.

Fahmi juga tidak dapat menentukan tempoh masa diperlukan dalam lantikan semula Ketua Pengarah J-KOM yang baharu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini