comscore
Tumpuan :
Nasional

FTV UPSI buka Butik Benang serlah kreativiti, minda keusahawanan mahasiswa

Md Amin menandatangani plak pelancaran sebagai tanda merasmikan Butik Benang yang diusahakan Fakulti Teknikal dan Vokasional. – foto: Ihsan UPSI

TANJUNG MALIM: Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran untuk berani meneroka idea dan bidang baharu yang boleh memupuk minda keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ketika berucap merasmikan butik inkubator Benang berkata usaha Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) UPSI membuka butik berkenaan juga mencerminkan keberanian kakitangan dalam meneroka idea baharu untuk menjana pendapatan universiti.

Butik Benang yang terletak di Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) digerakkan oleh Ketua Jabatan Keluarga dan Sains Konsumer FTV, Dr Zahidah Abd Latiff bersama dua pereka selain mahasiswa di bawah FTV.

Katanya, dengan tertubuhnya Butik Benang mahasiswa akan berpeluang melaksanakan idea yang kreatif, hasil ilmu yang dipelajari dalam kurikulum untuk diterjemahkan di butik berkenaan, selain produk yang dihasilkan menjadi tanda aras baharu bagi membuktikan kepada masyarakat luar dan dunia bahawa mahasiswa UPSI mampu melahirkan fesyen pakaian berkualiti bertaraf dunia.

Beliau berkata dengan penubuhan butik ini, mahasiswa akan didedahkan dengan erti kehidupan sebenar bagaimana cara untuk menghadapi kerenah pelanggan selain daripada pembelajaran teori, impian dan igauan.

Md Amin melihat koleksi pakaian yang dijual di Butik Benang yang terletak di Kompleks Bitarasiswa. – FOTO: Ihsan UPSI

Sementara itu Dekan FTV, Dr Mohd Azlan Mohammad Hussain berkata, inisiatif ini bakal melahirkan mahasiswa berminda keusahawanan yang akan menggunakan pengalaman dan kebolehan yang dipelajari di butik ini untuk digunakan semasa mereka bergraduat dan apabila berkhidmat di sekolah selain membina satu ekosistem keusahawanan berdasarkan ilmu pengetahuan berkenaan.

“Butik ini juga akan menjadi pusat penyelidikan kepada pensyarah dalam bidang untuk melahirkan penemuan-penemuan baharu dalam fesyen, rekabentuk dan keusahawanan yang akan meningkatkan kecemerlangan pensyarah untuk dilaporkan kepada dunia”, jelasnya beliau.

Antara kakitangan dan mahasiswa FTV yang bekerja keras membangunkan butik inkubator Benang. – FOTO: Ihsan UPSI

Menurutnya, ia juga sebagai rujukan mahasiswa untuk projek keusahawanan pelajar, aplikasi pembelajaran dalam bidang fesyen dan rekaan fesyen, perkhidmatan tempahan baju, dan sebagai pusat latihan keusahawanan dalam bidang fesyen.

“Mahasiswa memiliki minda keusahawanan yang akan menggunakan pengalaman dan kebolehan yang dipelajari di butik ini untuk digunakan semasa mereka bergraduat dan melaksanakan perkara yang sama terutamanya di sekolah yang akan ditempatkan serta membina satu ekosistem keusahawanan yang kuat berdasarkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkenaan”, jelas beliau.

“Butik ini juga akan menjadi pusat penyelidikan kepada pensyarah dalam bidang untuk melahirkan penemuan-penemuan baharu dalam fesyen, rekabentuk dan keusahawanan yang akan meningkatkan kecemerlangan pensyarah”, jelasnya lanjut.

Loading...
Terkini