Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Forest City diumum Zon Khas Kewangan

 

ISKANDAR PUTERI: Forest City yang juga projek mega pembangunan pulau buatan di perairan Johor, diumumkan sebagai zon khas kewangan.Status kawasan pembangunan berkeluasan lebih 2 ribu 832 hektar itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meningkatkan pelaburan asing sekali gus merancakkan pembangunan ekonomi kawasan itu.

Katanya, zon khas itu diwujudkan berikutan keistimewaan Johor yang berjiran dengan Singapura di samping infrastruktur lengkap di Forest City.

Projek pembangunan lestari Forest City

Perdana Menteri menegaskan, beliau lebih melihat kepentingan untuk Johor dan Singapura saling melengkapi, berbanding bersaing.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Menurut Anwar, Johor mempunyai tanah yang luas, selain keupayaan tenaga kerja yang perlu dimanfaatkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Jelajah Belanjawan 2024 negeri Johor dan Majlis Dialog bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Kota Iskandar, Johor. Foto : NSTP

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, beberapa insentif menarik juga akan ditambah di kawasan itu.

Beliau yakin insiatif zon khas ini dapat menarik ramai pelabur untuk guna kemudahan di Forest City.

Projek Forest City bermula sejak 2015 dengan fokus utama pembangunan tertumpu pada pulau buatan pertama.

Loading...
Terkini