Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Forbes 50 Over 50: Asia 2024, Tunku Mona bersyukur dan terkejut dicalon

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Bersyukur dan amat teruja apabila menjadi antara tiga wanita kelahiran Malaysia yang berjaya tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita hebat di seluruh Asia Pasifik.

Pengarah dan penerbit, Tunku Mona Riza Tunku Khalid turut mengakui sehingga kini masih terkejut dengan pencalonannya.

“Saya berasa teramat terkejut dan juga teruja sebenarnya.

“Perasaan itu tidak dapat digambarkan kerana saya tidak menyangka langsung bila saya diberitahu yang saya adalah salah seorang wanita yang dicalon oleh forbes to be in the Forbes 50 Over 50: Asia 2024. Alhamdulillah saya amat menghargai dan masih tidak menyangka,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Pemilihan Tunku Mona Riza, 57, menepati syarat ditetapkan apabila pernah memenangi trofi Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia 2017 menerusi filem Redha.

Diilhamkan daripada kisah benar, filem Redha menggambarkan cabaran membesarkan kanak-kanak autisme dan tercalon untuk Filem Bahasa Asing Terbaik, Anugerah Akademi Ke-89.

Dalam masa sama, filem yang diterbitkan pada tahun lalu berjudul Rain Town adalah filem berbahasa Cina pertama Malaysia diarahkan oleh pengarah wanita Melayu.

Turut tersenarai, antaranya aktivis alam sekitar India berusia 112 tahun, Saalumarada Thimmakka yang sinonim dengan gelaran ‘Mother of Trees’ dan pelakon Indonesia, Christine Hakim.

Loading...
Terkini