comscore
Tumpuan :
Nasional

Fokus pertingkat ekonomi, gaji minimum sebelum laksana semula GST – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ACCCIM ke-78 di One World Hotel, Petaling Jaya. FOTO: NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Kerajaan memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu memastikan kedudukan ekonomi serta pendapatan isi rumah dalam keadaan stabil sebelum memutuskan untuk pelaksanaan semula GST.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar mengakui, GST merupakan sistem percukaian yang efisyen dan telus selain mampu mempertingkatkan pendapatan negara.

“Siapa yang kita kenakan cukai? Golongan kaya, ya, golongan miskin.. ya, ini saya tidak boleh terima.

“Kita nak tingkatkan ekonomi kerana apabila kita laksana GST, cukai akan dikenakan terhadap golongan kaya dan miskin.

“Berikan sedikit masa. Kita nak pastikan paras gaji minimum boleh dipertingkat, mungkin RM3,000 hingga RM4,000 minimum (gaji) maka kita boleh pertimbang laksana semula (GST).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM), hari ini.

Sebelum ini, wujud pelbagai gesaan khususnya daripada syarikat gergasi untuk melaksanakan semula GST.

Senada dengan gesaan itu termasuklah Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang menyifatkan ia merupakan langkah terbaik untuk meningkatkan hasil kerajaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini