Tumpuan :
Nasional

Flat Taman Cempaka lubuk warga asing diserbu

Foto Ihsan JIM


JOHOR BAHRU:
Seramai 15 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeru Johor di sebuah blok Flat Taman Cempaka di sini, kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi lebih kurang jam 12 malam itu adalah hasil risikan selama beberapa minggu.

“Pihak kami menerima aduan awam mengenai kewujudan penduduk warga asing yang menimbulkan kegusaran dalam komuniti setempat.

“Seramai 268 orang warga asing dan warga tempatan telah diperiksa. Dalam operasi tersebut seramai lima warganegara Indonesia serta 10 warganegara Myanmar telah ditahan masing-masing berusia antara 18 tahun hingga 52 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Rusdi, kesemua warga asing yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pasatau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Selain Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini