Oleh: Zahir Senapiah
PONTIAN : Seorang wanita cedera manakala lima lagi terselamat selepas terperangkap dalam rumah flat tingkat satu, susulan kebakaran di block b, rumah flat 4 tingkat, di jalan utama dekat sini, awal pagi tadi.
Menurut Kenyataan yang dikeluarkan pusat gerakan operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, panggilan diterima jam 12.53 tengah malam.
Susulan itu dua jentera dari balai bomba Pontian baru dan Pontian bersama 15 anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Penguasa bomba, Mahathir Mamat.
“Kebakaran turut memusnahkan 4 buah motosikal iaitu jenis Yahama Ego, Honda RS, Honda Wave 100 dan Yamaha LC. Setiap unit motorsikal hangus terbakar lebih kurang 90 peratus” katanya.
Bilik TNB berkenaan terbakar hampir 10 peratus.
Katanya, ketika kebakaran, terdapat 6 mangsa terperangkap dalam rumah di tingkat satu.
Tindakan pantas anggota bomba telah berjaya membawa semua mangsa keluar dengan selamat.
Mangsa terdiri daripada 5 lelaki dewasa dan seorang wanita.
Wanita yang berumur 38 tahun berkenaan cedera pada bahagian tangan kanan dan telah di beri rawatan awal.
Tambahnya, anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera dan satu aliran 200 kaki , satu pancutan air dari water tanker.
Kebakaran dipadam sepenuhnya.kira-kira sejam kemudian.
Punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.