KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy membayar ganti rugi lebih RM1 juta kerana memfitnah pendakwah bebas, Dr Zakir Naik pada 2017 hingga 2019.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan dua saman plaintif.
Hakim juga memerintahkan defendan (Ramasamy) membayar jumlah berkenaan kepada plaintif (Zakir) dalam tempoh 30 hari dari hari ini.
Kedua-dua saman itu difailkan masing-masing pada Oktober dan Disember 2019.
Ramasamy hadir di mahkamah, manakala Dr Zakir menyertai prosiding dalam talian kerana berada di Nigeria untuk ceramah. – BERNAMA