Tumpuan :
Nasional

Fintech Islam Berkembang Pesat Di Malaysia

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Industri teknologi kewangan “fintech” Islam kini berkembang pesat di Malaysia, dengan 33% syarikat fintech Islam dunia beribu pejabat di negara ini.

Dilaporkan, terdapat 47 syarikat fintech islam beroperasi di Malaysia setakat Ogos, berbanding 41 di Indonesia, 29 di Emiriah Arab Bersatu dan 25 di Arab Saudi.

“Apabila bercakap mengenai sistem kewangan, Malaysia adalah lebih matang berbanding negara lain dari segi idea, pembangunan dasar dan mempromosikan teknologi. Inilah yang pihak berkuasa kita bekerja melalui MDEC terutamanya sekarang dari segi mempromosikan teknologi kewangan.” kata Mohd Muazzam Mohamed, Presiden Persatuan Institusi Perbankan Dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM)

Perkembangan ini secara langsung mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam di peringkat dunia.

Tambah beliau, kewangan islam malaysia disokong kesediaan sumber dan bakat tempatan yang kini dieksport ke luar negara.

Katanya lagi, pengeluaran lesen perbankan digital akan mempercepatkan pengeluaran teknologi baru bagi memenuhi keperluan segmen yang kurang atau tidak mendapat perkhidmatan kewangan.

Loading...
Terkini