Tumpuan :
Nasional

Filem ‘Reeza GTR’ ketawa dalam debar

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Menggoncang hati dan jantung!

Itulah pengalaman yang dirasakan penonton filem Reeza GTR karya terbaharu arahan Ahmad Idham.

Menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Alif Satar, Sophia Albarakbah dan Datuk Eizlan Yusof – aneka adegan ditampilkan penuh kejutan.

Filem aksi itu mengisahkan pertemuan yang tidak dijangka bakal mengubah hidup seorang mekanik biasa.

Kehidupan Reeza dilakonkan Alif Satar berubah drastik apabila bertemu gadis cantik bernama Myra yang menyorok di dalam bonet kereta.

Selain elemen aksi, ia turut menyerlahkan nilai murni ahli persatuan beruniform.

“Bila dapat karakter pengakap ni, Alif rasa benda yang unik bila tengok orang buat badan beruniform, Alif pun teringin berlakon sebagai ahli badan beruniform juga.

“Bila Alif baca skrip, terdapat nilai murni kekeluargaan dan Alif rasa ianya sangat diperlukan dalam genre filem tempatan sekarang,” katanya yang ditemui semasa sesi sidang media di ibu negara, Jumaat lalu.

Bagi Sophia Albarakbah yang melakonkan watak Myra, karya itu menyingkap sisi lain dalam dirinya.

“Sejujurnya untuk seseorang yang tak biasa melakukan aktiviti lasak, badan kita tak biasa.

“Untuk Sophia sebenarnya agak susah dan kekok sedikit tetapi ianya pengalaman yang bagus, memang penat kita nak buat berkali-kali baru nampak sempurna,” ujarnya.

Antara pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan adalah Nelissa Nizam, Noki K-Clique, Ropie Cecupak, Yassin Senario dan Man Raja Lawak.

Filem terbitan Grand Brilliance Studio dan Primeworks Studios itu mula ditayangkan di pawagam bermula 17 Oktober.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini