comscore
Tumpuan :
Nasional

Feri Langkawi-Kuala Kedah beroperasi semula esok

Feri milik Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd berlabuh di Terminal Penumpang Kuah, Langkawi. – FOTO: NSTP

LANGKAWI: Perjalanan feri penumpang bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan sebaliknya beroperasi semula mulai esok selepas dihentikan sementara selama tiga hari berikutan cuaca buruk.

Pengurus Besar Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Kapten Dr Baharin Baharom berkata, langkah itu diambil selepas cuaca buruk yang melanda perairan Kuala Kedah sejak kebelakangan ini beransur reda.

“(Operasi feri Langkawi-Kuala Kedah) esok diteruskan seperti biasa.

“Pembelian tiket feri secara dalam talian juga dibuka seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Baharin berkata, bagaimanapun setiap penumpang untuk perjalanan esok dan hari seterusnya perlu peka dengan info terkini yang sentiasa dikemaskini pihak Ferry Line di media sosial dan aplikasi Cuti Cuti Langkawi.

“Jadual feri bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah untuk esok bermula seawal 10.30 pagi, diikuti jam 12 tengah hari dan 1.30 tengah hari, sebelum disambung pada jam 3 petang, manakala perjalanan terakhir adalah pada 4 petang.

“Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula, feri pertama akan berlepas pada jam 12 tengah hari dan diikuti 1.30 tengah hari, kemudian disambung pada jam 3 petang dan 4.30 petang, sebelum pelepasan terakhir pada 6 petang.

Kelmarin, media melaporkan, operasi Terminal Penumpang Kuala Kedah ditutup sementara selama tiga hari berakhir hari ini, berikutan angin kencang dan laut bergelora.

Langkah itu diambil syarikat pengendali feri, Ferry Line selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Selat Melaka Utara bagi tempoh sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini