Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Feri Langkawi dibadai ombak besar terpaksa patah balik 

 


Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Sebuah feri yang membawa 259 penumpang dari Pulau Langkawi menuju Kuala Kedah terpaksa berpatah balik berikutan ombak besar akibat cuaca buruk, tengahari tadi.

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, feri berkenaan berlepas dari Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi pada jam 12.30 tengah tadi.

Selepas 25 minit berlayar, feri itu terpaksa berpatah balik pada jam 12.55 petang setelah dilanda ombak besar.

“Feri itu berada pada kedudukan 15 batu nautika dari Pulau Langkawi ketika itu akibat laut bergelora dan cuaca buruk.

“Berikutan itu, kami memutuskan untuk feri kembali ke Pulau Langkawi kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko demi keselamatan penumpang.

“Setakat ini belum diputuskan status kepada penumpang dalam feri berkenaan memandangkan feri itu masih dalam perjalanan berpatah balik ke Jeti Langkawi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, media melaporkan kira-kira 808 penumpang feri di Kuala Kedah dan Pulau Langkawi terkandas selepas syarikat feri itu terpaksa membatalkan empat trip perjalanan di sebelah petang susulan cuaca buruk di laut dengan ombak setinggi empat meter.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini