Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Fenomena garis badai punca banjir kilat, hujan lebat di Pantai Barat Malaysia

Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

PETALING JAYA: Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Selangor semalam dipercayai berpunca daripada fenomena garis badai yang melanda kawasan Pantai Barat Malaysia.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi MET-Malaysia, Lim Zhe Hui, pihaknya telah mencerap pembentukan awan ribut petir yang kuat di selat Melaka pada tengah malam Sabtu lalu dan pergerakannya ke timur telah mengakibatkan berlakunya hujan lebat.

“Fenomena cuaca garis badai ini memang berlaku semasa negara kita mengalami monsun barat daya”

“Seperti kita sedia maklum ianya telah pun bermula pada 15 Mei yang lepas dan dijangka akan berterusan sehingga bulan September”

Timbalan Ketua Pengarah Operasi MET-Malaysia, Lim Zhe Hui

Tambahnya, kejadian air laut pasang juga turut menyumbang kepada faktor berlakunya fenomena cuaca garis badai itu.

Namun, menurut ramalan MET-Malaysia, kejadian hujan lebat itu hanya akan berlaku dalam tempoh yang singkat pada awal pagi sekitar jam 4 hingga 8 pagi.

Jelasnya, musim peralihan monsun barat daya yang membawa kejadian ribut petir dan hujan lebat pada petang, lewat petang dan malam boleh berlaku terutama di bahagian pantai barat Semenanjung khususnya di Lembah Klang, barat Sabah serta kawasan tengah dan utara Sarawak.

Loading...
Terkini