comscore
Tumpuan :
Nasional

Fenomena air pasang besar: Balai Polis antara premis dinaiki air di Pelabuhan Klang 

Oleh: Fareez Azman

PELABUHAN KLANG: Balai Polis dan beberapa premis kerajaan antara yang dinaiki air susulan fenomena air pasang besar di Pelabuhan Klang awal pagi tadi.

Pemerhatian Buletin TV3 kira-kira jam 7 pagi tadi mendapati, jalan raya ke Jeti Pulau Ketam juga digenangi air.

Bagaimanapun difahamkan operasi bot ke Pulau Ketam masih beroperasi
.
Turut menjalankan pemantauan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

Pemantauan mendapati air mulai surut di kawasan yang terjejas, kira-kira sejam kemudian.

Loading...
Terkini