KUALA LUMPUR: Empat lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait aliran tunai diterima oleh pengasas syarikat FashionValet Sdn Bhd.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihak suruhanjaya itu dijangka menyiapkan siasatan kes berkenaan dalam tempoh dua minggu.
“Saya telah dimaklumkan oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa empat lagi saksi telah dikenal pasti untuk membantu siasatan lanjut.
“Ia bagi membantu siasatan berhubung aliran tunai yang diterima oleh pengasas FashionValet,” katanya kepada New Straits Times.
Setakat ini, Azam berkata, SPRM sudah merakam keterangan 14 individu dalam siasatan kes membabitkan syarikat berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.