comscore
Tumpuan :
Nasional

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini

Foto hiasan

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat bermula 24 September ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, situasi itu dijangka akan berterusan sehingga awal November tahun ini.

“Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 24 September 2024 dan berterusan sehingga awal November 2024.

“Permulaan fasa ini menandakan berakhirya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 17 Mei 2024.

“Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tipan angin lemah dari pelbagai arah,” katanya.

Tambahnya, situasi hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Jelasnya, keadaan cuaca sedemikian berpotensi menyebaban banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Oleh itu, orang ramai dinashatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia.

Ramalan dan amaran cuaca berkenaan boleh diperoleh melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline METMalaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini