Tumpuan :
Mahkamah

Farid Kamil tetap mahu selamatkan rumah tangga

Farid enggan Muhammad, Nur Aurora terpisah, berusaha cari jalan perdamaian. -FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, tetap mahu menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri, Diana Danielle, 32, bagi mengelakkan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, terpisah.

“Saya gembira dapat bertemu dengan isteri hari ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sedang berusaha menyelamatkan keluarga saya.

“Selama 11 tahun kami mengharungi pelbagai rintangan, jadi masih ada harapan. Jadi, saya letakkan harapan kepada Allah SWT supaya dapat kembali seperti biasa, suatu hari nanti.

“Saya tak pernah berhenti berusaha mencari isteri dan anak-anak di mana berada. Tetapi, banyak kekangan, apatah lagi saya sibuk dengan kerjaya pada Ramadan ini,” katanya kepada BH Online.

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, bagi sebutan kali pertama kes hadanah dua anaknya.

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Sementara itu, peguam mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan berkat, dia turuti arahan Farid untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Arahan Farid kepada saya nak menyelamatkan rumah tangga dan anak-anak. Itu niat Farid sejak awal lagi. Selain itu, kami tak nak ketengahkan,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari atas alasan tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Justeru, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses
Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Loading...
Terkini