Tumpuan :
Mahkamah

Farid Kamil kata nombor telefonnya disekat, tak dapat hubungi Diana, anak 

Farid berkata satu-satunya jalan untuk bertemu dengan Diana sekarang adalah ketika hadir ke mahkamah. FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Usaha pelakon Farid Kamil, 42 untuk menghubungi isterinya, Diana Danielle dan anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, menemui jalan buntu apabila nombornya disekat .

“Saya telefon Diana, saya telefon anak-anak, semuanya ‘di-block’ (disekat). Panggilan telefon tidak diangkat dan WhatsApp tidak berbalas,” katanya ketika sebutan kali pertama kes hadanah dua anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Katanya, satu-satunya jalan untuk bertemu dengan Diana adalah ketika hadir ke mahkamah.

“Masa bertemu dengannya (Diana) hanyalah ketika di mahkamah saja sekarang,” katanya.

Ditanya mengenai anaknya, Muhammad, kata pelakon filem Anwar, The Untold Story itu, dia hanya dapat menghabiskan masa enam jam bersama anak sulungnya, itu, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, Muhammad juga ceria. Saya dapat jumpa dia selama enam jam. Itu adalah proses apa yang ditetapkan oleh peguam sebelah sana.

“Untuk perjumpaan terbabit, hanya berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Loading...
Terkini