comscore
Tumpuan :
Nasional

Farid gembira Diana tak halang jumpa, tambah hari bersama anak-anak

Pelakon Farid Kamil tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam bagi sebutan semula berhubung hadanah interim. FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42 tahun berharap perjumpaan dengan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, suatu hari nanti turut disertai kehadiran isteri tersayang, Diana Danielle Danny Beeson, 32 tahun.

Farid siang tadi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan ditemani peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan semula Inter-Parte Hadanah berhubung hak penjagaan interim (sementara) yang dilanjutkan kepada 8 Ogos depan.

Menurut Farid, beliau bersyukur kerana isterinya memberi kerjasama baik dan tidak pernah menghalangnya berjumpa anak-anak.

“Alhamdulillah, buat masa sekarang, perjumpaan saya dengan anak-anak begitu mudah sekali. Malah, Diana juga tidak menghalang sekiranya saya ingin menambah hari pertemuan,” katanya.

Begitu pun menurut Farid, beliau perlu mengikut prosedur dengan menghantar surat lima hari lebih awal kepada peguam seperti ditetapkan mahkamah.

Tambah Farid, beliau juga bersyukur dengan situasi itu dan berharap perjumpaan dengan anak-anak suatu hari nanti mungkin boleh diserikan dengan kehadiran ibu mereka.

Diana yang turut hadir pada sebutan semula itu bagaimanapun tidak turut sama dalam sidang media berkenaan sebaliknya terus beredar dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.

Menurut Farid, kali terakhir beliau berjumpa dengan dua cahaya matanya pada 21 Mei lalu.

Loading...
Terkini