comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Farid, anak lelaki beraya di Alor Setar

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farid Kamil, meraikan Aidilfitri bersama anaknya lelakinya, Muhammad, 10, dan keluarga di kampung halaman di Alor Setar, Kedah.

Melalui hantaran Instagram Story (IGs), Farid atau nama penuh, Farid Kamil Zahari dilihat berkongsi foto menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Muhammad dengan mengenakan baju Melayu lengkap berwarna putih, pagi tadi.

Malah, Farid dan Muhammad sempat bergambar bersama jemaah masjid yang lain.

Bagaimanapun, kelibat isteri, Diana Danielle, 32, dan anak perempuannya, Aurora, 8, tidak kelihatan dalam hantaran IG pelakon itu.

Farid berdepan kemelut rumah tangga bersama Diana apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Pasangan terbabit dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam untuk berdamai ketika sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.

Farid dan Diana bakal menghadiri prosiding sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding 11 April lalu.

Loading...
Terkini