Oleh: Luqman Kamal
PETALING JAYA: “Kenapa minggu keenam bagus-bagus semua?”.
Itulah komen yang diberi juri tetap Ajai selepas menyaksikan persembahan kesemua duo peserta Famili Duo 2023.
Selepas enam minggu bertanding, saingan duo peserta ternyata semakin sengit dengan vokal dan kreativiti di luar jangkaan apabila konsert Ahad lalu mencipta rekod dengan empat duo menerima markah ‘perfect 10’!
Kini, kedudukan semakin sengit untuk menempah tempat di pentas akhir Famili Duo 2023.
Konsert keenam yang bertemakan ‘retro 60s & 70s’ menyaksikan permainan pentas dan vokal yang lebih hebat oleh duo peserta, terutama sekali duo Sharif & Syaiful Zero, Tom & Fuad Rahman, Adira & Emma Suhaimi dan Syahir & Shila Amzah yang berjaya memenangi hati juri dengan markah penuh.
Walaupun duo sepupu Haqiem Rusli & Ariff Bahran tidak diberikan markah ‘perfect 10’, tetapi mereka masih mengekalkan kedudukan mereka di tempat kedua pada carta keseluruhan Famili Duo 2023.
“Sekarang ni kami masih di tempat kedua di carta keseluruhan, tapi itu bukan bermakna kami selesa dengan kedudukan itu. Markah tu apa-apa pun boleh jadi pada minggu hadapan, macam apa yang kami nampak minggu ini persembahan yang diberi peserta ‘underdog’ lain telah meraih markah perfect 10. Jadi kami kena terus bekerja keras untuk minggu dan tema seterusnya. Kami sedar minggu depan adalah penentu untuk mara ke pentas finale Famili Duo,” jelas Haqiem Rusli apabila ditemubual selepas konsert persembahan.
Tambah Ariff Bahran pula, “Minggu depan kita diberi cabaran tema ‘hip hop / dance’ yang bukan genre kebiasaan kami. Sebenarnya kebanyakan genre dalam Famili Duo ni bukan ‘makanan’ kami, jadi kami cuba untuk tidak terlalu selesa dengan kedudukan markah setiap minggu.
“Jadi, kami tahu perlu beri seratus peratus pada setiap minggu, sebab kami sendiri tak pernah buat sketsa, lawak atau berlakon di pentas persembahan. Ini kali pertama kami perlu lebih kreatif untuk menyampaikan konsep dalam nyanyian, jadi kami akan terus memerah idea dan memberi persembahan sehabis baik untuk mengejar markah seperti sebelum ini,” katanya.
Manakala bagi duo suami isteri Tom & Fuad Rahman dengan persembahan Janji Tetap Janji & Rahsiamu Rahsiaku berjaya mengatasi pasangan duo yang lain dan menduduki tangga kedua selepas membina momentum selama enam minggu bertanding.
Konsert seterusnya merupakan pentas separuh akhir yang akan menentukan siapa layak untuk ke final Famili Duo 2023! Dapatkah kesemua duo peserta membuat pecutan mengejar markah terakhir mereka dengan tema ‘hip hop / dance’?
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.
Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my
Gunakan hashtag #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.