comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Serakah jiran durjana

FAIL MAHKAMAH: Niat pecah masuk pangsapuri hanya untuk merompak, namun nafsu serakah mula mengawal diri menyebabkan suspek bertindak kejam dan keji kepada mangsa.

Sinopsis itu menggambarkan kes jenayah kejam yang berlaku di sebuah apartmen di kawasan Tambun, Ipoh, pada 3 Ogos 2011.

Mangsa, Dr. Rohani Kasim, 38, merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, telah dibunuh selepas dirogol oleh jirannya sendiri.

Mengimbas kembali kejadian, Deputi Superintendan, Nirmala Arumugam yang merupakan pegawai penyiasat kes itu berkata, suspek, Syahmie Hassan pada awalnya cuba untuk merompak rumah mangsa.

Deputi Superintendan Nirmala Arumugam

“Suspek buka pintu rumah, potong ‘grill’ dan masuk ke dalam rumah dengan niat untuk mencuri barang-barang lain,” katanya.

Namun, perbuatan suspek jauh lebih dahsyat apabila laporan menunjukkan suspek menyelongkar almari baju dan melakukan onani menggunakan pakaian mangsa.

Ketika perbuatan jijik suspek, mangsa difahamkan baru pulang ke rumahnya selepas membeli barangan basah bagi menyediakan juadah berbuka puasa.

“Pada ketika itu, dia (suspek) terdengar bunyi pintu utama dibuka dan tahu mangsa telah masuk ke dalam rumah,” kata DSP Nirmala dalam program Fail Mahkamah.

Kemudian mangsa telah bergelut dengan suspek sehingga pengsan dan dirogol sebelum dibunuh dengan menjerut mangsa dengan kain langsir.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan dibungkus kain toto di tepi tangga apartmen itu.

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

 

Loading...
Terkini