FAIL MAHKAMAH: “Kalau dulu awal-awal tu bila time nak raya ni, bohonglah kata tak sedih.’’
Demikian luahan yang dikongsikan oleh KIP Shahrel Azwan Sulaiman, Penolong Penguasa Penjara KA32 Penjara Tapah yang terpaksa berjauhan dari keluarga demi tugas hakiki.
Lain pekerjaan, lain dugaan dan cabarannya. Bertugas ketika perayaan Aidilfitri merupakan antara cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap kakitangan penjara.
Bagaikan sudah sebati dalam diri, ia bukan satu masalah bagi Shahrel Azwan. Pengalamannya sebagai pegawai penjara hampir 2 dekad banyak membantu beliau.
“Kita ingat, kerja kita kerana Allah. Kalau kita pegang pada yang itu, insya-Allah kita boleh tempuh.
“Kalau setakat raya tu, small matter (masalah kecil) sahaja,’’ katanya dalam program Fail Mahkamah.
Walaubagaimanapun, sudah menjadi lumrah manusia untuk mempunyai rasa sedih.
Bagi IP Nurul Nadia Salehuddin, Penolong Penguasa Penjara KA29 Penjara Tapah, sambutan bersama banduanita pada pagi Syawal sedikit sebanyak menyentuh emosi beliau.
“Kalau pagi raya tu, sambut dengan mereka, jalankan aktiviti perayaan, kalau dari segi emosi memang sedih lah. Kita tengok dia orang, dia orang tengok kita.
“Pagi raya patutnya dengan family, kita jaga dia orang. Tapi lebih kepada kita balik boleh jumpa family, kalau macam dia orang dengan kawan-kawan dia orang je kat dalam tu,” katanya.
Untuk paparan dan imbasan terperinci, tonton episod ‘Bakti Di Kurungan Pagar Berduri’ menerusi program Fail Mahkamah pada jam 9 malam, Rabu 10 April 2024 di TV3 atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.