comscore
Tumpuan :
Nasional

Fahmi jangka Samsuri bakal Ketua Pembangkang 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ditemui pemberita pada program Run Hack: Scam Alert 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Kemenangan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di kerusi Parlimen Kemaman semalam dijangka menyebabkan berlaku perubahan bagi jawatan Ketua Pembangkang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, PAS dilihat yakin untuk menamakan Menteri Besar Terengganu itu sebagai calon Perdana Menteri.

“Selepas ini langkah seterusnya setelah beliau angkat sumpah, mungkin beliau akan dinobat sebagai Ketua Pembangkang, kita serah kepada mereka untuk buat keputusan itu.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Run Hack: Scam Alert 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Perpaduan tidak khuatir dengan kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Semalam, PAS mengekalkan status quo di Kemaman selepas calonnya Ahmad Samsuri memenangi PRK Parlimen itu dengan majoriti 37,220 setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini