KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, tiba bersama isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir , di Sekolah Kebangsaan Rakyat, jam 8.05 pagi tadi untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
Kerusi parlimen Petra Jaya antara kawasan yang menjadi kubu kuat GPS menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon GPS, Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas.
Datuk Seri Fadillah mengundi kira-kira jam 8.30 pagi di SK Rakyat.
Cuaca cerah menyaksikan pengundi mula beratur di saluran mengundi seawal jam 7.00 pagi.
Datuk Seri Fadillah ketika ditemui selepas menunaikan tanggungjawab mengundi berharap peratusan keluar mengundi tinggi bagi kawasan parlimen Petra Jaya dan seluruh Sarawak.\
Sementara itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengundi di SK Merpati Jepang tiba di sekolah terbabit jam 9.25 pagi dan menunaikan tanggungjawab lima minit kemudian.
Beliau tiba di pusat mengundi itu ditemani Isteri Puan Seri Dayang Jumaani Tuanku Bujang.