Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Fadillah – Pelantikan Wan Junaidi sebagai Speaker Dewan Negara tepat, sesuai dengan pengalaman dimiliki

Oleh: Kadir EdisonKUCHING: Pelantikan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Speaker Dewan Negara amat tepat dan sesuai dengan sumbangan beliau kepada negara ketika menjadi ahli parlimen Santubong dan anggota Menteri Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Wan Junaidi memang betul-betul layak dan beliau telah membuktikan dirinya di Dewan Rakyat sebagai menteri.

“Semasa penggal terakhirnya, beliau amat agresif dalam memastikan kita dapat melaksanakan pindaan perlembagaan untuk memasukkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi di Kuching.

FOTO: NSTP

Fadillah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia M-A-63 memberi jaminan akan meneruskan usaha terdahulu Wan Junaidi menangani isu-isu perjanjian berkenaan walaupun posisinya itu ketika tidak membolehkan beliau untuk terlibat dengan perundingan itu.

Wan Junaidi, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang, dilantik menjadi Speaker Dewan Negara bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim.

Beliau mengangkat sumpah ke jawatan itu pada jam 10 pagi tadi sebelum bermulanya persidangan Dewan Negara yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan itu menjadikan beliau anak Sarawak kedua dilantik ke Jawatan berkenaan selepas Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang dilantik ke jawatan itu dari 1988 hingga 1990.

Turut lantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara, bekas Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed selepas menewaskan Senator Razali Idris dari Bersatu.

Loading...
Terkini