comscore
Tumpuan :
Nasional

Fadhlina siasat dakwaan murid Tahun 1 dikurung dalam ‘sangkar besi’

Foto tular

PETALING JAYA: Seorang murid Tahun 1 didakwa dikurung dalam sangkar besi oleh guru di sebuah sekolah di Negeri Sembilan.

Ketika ditanya FMT mengenai dakwaan tersebut, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata beliau akan menyiasat terlebih dahulu.

“Saya akan periksa dahulu,” kata Fadhlina ringkas.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter, Azuan Abd Ghafar memuat naik tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp antara seorang bapa dengan guru di sekolah terbabit.

Dalam perbualan tersebut, seorang bapa bertanya adakah benar anaknya diasingkan daripada rakan sekelas lain dalam sebuah bilik berjaring.

Lelaki itu turut berkongsi gambar “sangkar besi” itu. Satu kotak fius juga dilihat dalam “sangkar” tersebut.

Bapa murid berkenaan mendesak guru memberi penjelasan mengapa anaknya dikurung dalam sangkar itu.

Ketika dihubungi, Azuan memberitahu FMT, murid itu adalah anak lelaki rakannya.

“Bapa murid itu pergi ke sekolah tersebut hari ini untuk bertemu guru yang terbabit.

“Beliau turut memfailkan aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

Loading...
Terkini