Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] EXCO Kedah tampil 7 muka baharu, Sanusi pegang 8 portfolio

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah termasuk tujuh muka baharu, mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di hadapan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, hari ini.

Mendahului pelantikan ialah ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali yang akan menggalas tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan.

Beliau antara EXCO yang dilantik semula selain Datuk Halimaton Shaadiah Saad (DUN Bukit Kayu Hitam) dan Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (DUN Kuala Nerang) yang kekal memegang portfolio disandang mereka sebelum ini.

Barisan EXCO kali ini turut menampilkan tujuh muka baharu iaitu Mohd Azam Abd Samat (DUN Sungai Limau), Dr Haim Himan Abdullah (DUN Jitra), Mejar (B) Mansor Zakaria (Kuala Ketil), Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti), Datuk Mohd Salleh Saidin (DUN Kubang Rotan), Radhi Mat Din (DUN Alor Mengkudu) dan Wong Chia Zhen (DUN Kulim).

Gabungan parti Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah dengan memenangi 33 daripada 36 kerusi dipertandingkan.

Manakala pembangkang kekal di kerusi Kota Darulaman (DAP), Sidam (PKR) dan Bakar Arang (PKR).

Berikut senarai penuh EXCO Kedah:

Loading...
Terkini