Tumpuan :
Nasional

Erdogan terima Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa UM

 

Erdogan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya (UM) oleh Canselornya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya (UM) oleh Canselornya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ia sebagai penghormatan tertinggi serta pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam diplomasi global dan perundingan antarabangsa.

Istiadat berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Erdogan turut dijadualkan menyampaikan syarahan umum selepas Istiadat Konvokesyen Khas yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Presiden Turkiye itu mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Istiadat sambutan rasmi sempena lawatannya akan diadakan esok di Bangunan Perdana Putra disusuli pertemuan empat mata antara beliau dan Anwar serta mesyuarat dua hala antara Malaysia dan delegasi dari Turkiye.

Usai pertemuan dan mesyuarat dua hala, Erdogan dan Anwar dijadual menghadiri Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan sidang media bersama.

Mengakhiri lawatannya, Erdogan akan menghadiri Forum Perniagaan berlangsung di PICC.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini