Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
KUALA LUMPUR: Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) diarahkan untuk merangka pelan pembasmian kemiskinan tegar dan kelaparan yang dapat dimanfaatkan masyarakat antarabangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, inisiatif ini selari dengan usaha global, termasuk inisiatif yang sedang dirancang oleh Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.
“Saya yakin kita akan bentangkan kerangka kerja dan pelaksanaan program di Malaysia untuk dikaji bersama.
“saya sudah minta ICU, EPU dan badan terbabit dalam kerajaan untuk merangka program dan boleh dimanfaat oleh mereka,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperkukuh kerjasama dengan badan antirasuah antarabangsa, terutama selepas negara seperti Peru dan Brazil menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia.
Saya juga sudah minta SPRM bersedia kerana Peru dan Brazil minta kerjasama ditingkatkan antara badan pencegahan rasuah Peru dan Brazil dengan Malaysia,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.