Tumpuan :
Dunia Seni

Episod keempat CSOIAM penuh kejutan, kritikan pedas juri

KUALA LUMPUR: Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus mencipta fenomena di minggu keempat, dengan persaingan yang semakin sengit dan penuh dengan kejutan.

Setelah empat minggu bersaing, hanya enam peserta yang tinggal untuk merebut peluang ke pentas akhir.

Episod keempat ini menyaksikan beberapa kejutan besar, termasuk kritikan tajam dari panel juri tetap, Datuk Yusry dan Ziana Zain.

Salah satu momen paling kontroversial adalah kritikan terhadap Rezza Shah, yang walaupun diberikan imuniti pada episod pertama, gagal menunjukkan semangat juang diharapkan.

Zazleen pula mencuri perhatian dengan persembahan yang sangat menyentuh hati, sehingga membuat Ziana Zain sebak dan menangis.

Selain itu, peserta lain turut menerima ‘standing ovation’ daripada juri jemputan, Hael Husaini, membuktikan bahawa pentas CSOIAM terus menyajikan persembahan luar biasa.

Pada episod itu, dua peserta terpaksa meninggalkan pentas CSOIAM, iaitu Rezza Shah dan Alya Mardien.

Walaupun ramai warganet bersetuju Rezza Shah layak tersingkir, pemergian Alya mencetuskan perdebatan apabila penonton merasa dia layak untuk terus bertanding.

Namun, undian rendah daripada penonton telah menentukan nasib mereka.

Kini hanya tinggal enam peserta untuk bersaing di episod kelima, dengan tema mencabar “Evolusi AJL” yang menampilkan lagu-lagu ikonik dari Anugerah Juara Lagu (AJL).

Episod keempat juga menyaksikan Jimi dinobatkan sekali lagi sebagai juara Terpaling Fizz, selepas persembahan duetnya bersama Aina Abdul pada episod ketiga.

Kali ini, dia berduet bersama Misha Omar, penyanyi tersohor yang terkenal dengan lagu-lagu hebat seperti “Bunga-Bunga Cinta” dan “Pulangkan”.

Adakah Jimi akan terus mengekalkan momentumnya? Sama-sama kita nantikan episode seterusnya.

Untuk minggu keempat berturut-turut, CSOIAM terus trending di platform X dan meraih ribuan ‘engagement’ di platform TikTok dan Instagram.

Dalam episod keempat, Marygrace juga mencipta sejarah apabila berpeluang berduet dengan legenda Papa Rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip, dengan lagu “Nyanyian Serambi” dan “Doa Buat Kekasih”.

Persembahannya mendapat pujian hebat daripada juri.

Adakah Marygrace mampu mengekalkan momentum itu dan mara ke peringkat seterusnya?

Kini hanya enam peserta yang tinggal iaitu Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam dan Kai Deva.

Persaingan semakin sengit, dan undian penonton amat penting, kerana 40% keputusan ditentukan oleh penonton, sementara 60% lagi di tangan juri profesional.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada peserta Top 6 CSOIAM dan kejutan yang bakal menghangatkan episod kelima.

Saksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.

Pastikan anda mengundi peserta kegemaran untuk meraih hadiah bernilai RM1 juta!

Jangan juga ketinggalan untuk merasai sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui ‘Fizz Journal’, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus mencipta fenomena luar biasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini